Wednesday, February 11, 2009

21st Times! 54 DAYS AFTER MARRIED..

11 FEB 2009- Dah Hampir 2 bulan perkahwinan aku..huhuhu...Rasa cm dah lama je..Nape eh? Adakah kerana jarak yang menjadi punca? Adakah sbb kami jarang berjumpa? Adakah kami sibuk sehingga tidak dapat bermanja2 mcm zaman percintaan dulu? Ntah la.. Mungkin masing2 sibuk dgn kerja masing2 kot.

Tapi kami tetap melepaskan rindu setiap hujung minggu. Kami takkan lepaskan peluang utk bergembira dan dating seperti zaman bercinta dulu...Hepi sgt bila bersama suami tercinta. Hilang penat2 kerja selama 5 hari tu. Dan yg pastinya, pd wekends kami berjumpa itu, pasti tiada kerja2 yg aku siapkan..hehhe..Baik aku g DATING dari aku bt keje sek yg aku malas nak buat tu.

1st week,abg dtg ke PJ slps mjlis kawin kt umah abg. Nexweeknya, turn aku plak turun ke Muar. Masa nk ke Muar, hepi sgt2...Xmengantok pun drive ke sana. Tapi bile dah 2 ari kt sana, masa pulang pun tiba...Aku rasa cm nak nangis jek sbb berpisah sementara dgn suami tercinta. Hukhukhukkk...Hwaaaaa..Dlm kete asik nangis jek..Pas nangis, aku ngantuk..Nasib baik xterbabas ms drive..

Last week (7,8 &9 Feb), abg dtg Pj.Best sgt sehingga xterkata. Ktorg g ronggeng2. Gi Ampang, g mandi-manda kt Sg Kedondong (kaki bukit Genting-pakcik aku la ckp.Tp xtau la btul ke x.Aku rs btul kot sbb aku nmpk bukit GENTING N B.Fraser yg aku pegi dlu tu..). Malam tu plak, pas penat2 dr mandi manda, kami g Sunway Piramid. Walaupun sekejap,tp penuh makna. Sbb kami jln2 mcm kami bercinta sblm kawin dlu..

Knape segala2 sblm berkahwin begitu indah? Adakah perkahwinan itu memperindahkan lagi hubungan kasih sayang ini?Adakah kasih sayang sblm perkahwinan akan kekal sehingga akhir hayat kami? InsyaAllah..Ya Allah, Kau sempurnakanlah hubungan kasih sayang yg suci ini dengan berkatMu. Jadikanlah Hubungan ini sbg sebuah hubungan yg diredhaiMu,Ya Allah..Aminn..

Friday, January 23, 2009

20TH Times.PICTURES...

GAMBAR KAWIN
Untuk tatapan kawan2 ku semua..kegembiraan jelas terpancar di wajah ku ini. Ku bahagia dengan kehadirannya..Aku sangat menyayangi dirinya...


























Wednesday, January 14, 2009

19th times! MY 1ST HONEYMOON

MY 1ST HONEYMOON..



2 JANUARY 2009-1st time g honeymoon..Best xterkata.Berdua-duaan dgn insan tersyg..Selama ni, g dating, kena balik sblm mlm. Skang ni, bleh dating bermlm2..Syok.

Kami pegi FRASERS HILL. Ade yg tanya,nape g sana?Sukati ktorg la nak g sana..Tmpt sana lebih best..Sunyi, sejuk,prlawat pun xramai mmbuatkan privacy kami tidak terganggu..Best sgt..

Klo ikutkan ati, every months perkahwinan ktorg, we want sweet honeymoon..Best sgt honeymoon ni..

End of story about hnymoon. Skang ni cite psal berat bdn aku,ye..Nak share wf u all..Rite now, i loves food. Tabiat mkn aku sudah menjadi2..Ptg balik sekolah, aku mkn nasi. Then aku mkn roti pratha instant. Tau je la roti2 mcmtu, bape byk minyak yg tersorok. Pastu, mkn buah epal 1 bijik.Lepas tu, aku suap Quaker oats plak..korg pecaya x?

Adakah aku ni ade simptom2 pregnant? Akku xcheck lg sbb blom waktu nk kena check..Tp 1 yg aku perasan, skang ni, aku makin aktif..Ntah apsal ntah..Ade 1 lg perubahan ketara. Dlm ms 3mggu, aku dah naik berat badan 4kg. Huhuhuu..aku panik!!!!

Tuesday, January 6, 2009

18th times!MY PRECIOUS WEDDING DAY

MY WEDDING DAY..
TANGGAL 20 DEC 2008- Bermula la alkisah permulaan hidup baruku sebagai isteri org..Perasaan yg bercampur baur menerjah diriku..Dari terbit pajar, ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi memohon pernikahan hari ini berjalan lancar. Tepat jam 1.ootgh aku memulakan langkah ke Masjid bagi menyaksikan pernikahanku yg selama ini ku tunggu-tunggu. Bebereapa lama aku di masjid, imam menbacakan khutbah bg menjadi ikhtibaar bg kami yg akan mendirikan sebuah ikatan yg suci.

Saat jam menunjukkan 2.45ptg, ketika hati dalam debaran, terlerai la sudah ijab dan kabul bg menghalalkan hubungan kami sbg suami isteri.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saat bertentangan mata di kala selepas saat istimewa itu, aku melihat suamiku begitu tampan dan mampu membuatkan jantungku bergetar. Inilah pertama kali aku melihat dirinya yg lebih dari seorg kawan, teman dan kekasih. Dia kini suamiku....

TANGGAL 21 DEC 2008-Majlis kenduri sempena kejayaan kami disatukan sebagai suami isteri berlangsung.Kami memilih utk mengenakan busana songket utk kelihatan lebih tradisional memandangkan aku seorg yg konvensional n tradisional.Jam 2.45 ptg, suami ku bersama rombongannya telah dtg bertandang utk berjumpaku. Alangkah gembiranya hatiku tatkala menatap wajah tampannya itu..

Kami berjalan berpimpinan tangan tanpa silu menuju ke gerbang perkahwinan yg indah. Lantas menuju ke singgahsana yg dihias indah bg menambahkan lagi kemeriahan majlis itu..Sungguh terharu dgn kehadiran rakan-rakan semua...Tidak kira dr zmn sekolah, matrikulasi, UTM dan rakan kerja di SMKBS.Tidak lupa juga buat murid2ku selaku pemain kompang tika itu..Terima kasih ku ucapkan buat kalian...

Untuk tatapan semua.







Thursday, December 11, 2008

17 times! TAKUTTT....

Tanggal 11 dec 2008- Perasaan memuncak apabila tunangku tidak boleh dihubungi..Perasaan bercampur baur.Apa perasaan dia pada aku, apa yg akan berlaku saat2 tarikh bersejarah ini akan berlangsung..Aku takut la..

Skang ni, aku kena buat keje sorg2..Mcm2...Sedih aku..Semua perkara membuatkan aku sedih. Tambahan pula tiada kabar berita dr tunang tersayang..Abang tenangkan diri btul2 ye..pasni ayang plak tenangkan diri tau!

Utk lepaskan ke"tensen"an aku, aku telah call besfren aku utk meredakan kerisauan n kebuntuan otak ku ini.. Terima kasih pada AKI n YUS kerana menenangkan aku..Thanks frens..Kwn aku ni, AKI, seorg isteri org,mybe dia penah mengalami situasi cam aku.YUS plak akan menghadapi perkahwinan seminggu sblm tarikh pernikahan aku.So, aku aspect mereka berdua ni pernah merasa apa yg aku rasa,then ade kata2 semangat yg bleh meredakan aku...

Biarpun aku bersendirian meneruskan kerja2 terakhir ini, akan ku usahakan sehingga sehabis baik...InsyaAllah...Aku berserah pada Mu, ya Allah...

Sunday, December 7, 2008

16th times! WEDDING..WEDDING..WEDDING..



TANGGAL 30 NOVEMBER 2008 - Bestfren aku pnye wedding.. Teruja tgk kawan baik da kawin..Seronok je tgk dorg bahagia.. Aku gi kenduri najib ngn parent aku. Sbb parent aku kenal Najib nih! Selalu anta aku balik dr UTM dolu2. Hehehe.. Skang hari bahagia ko..Lagi bbrp hari lagi, hari bahagia aku plak.. Jgn lupa dtg tau..

Tahniah diucapkan kepada kawan baik ku ini, Muhammad Najib mohd Latif dgn pasangannya Aidah bt Shamsudin. Semoga bahagia hingga akhir hayat.. Cepat2 dpt anak ye.. Kita lawan sape yg cepat dpt..hihihihi...

MY INVITATION CARD

Tanggal 6 Disember 2008 - My wedding is around the corner.. Klo kire2 lg 14 hari lg.. Tepat 2 mggu je lg.. Takut pun ade, Seronok pun ade, xde rase pun ade... Perasaan aku skang bercampur baur.. Aku pun xtau la nape aku risau sgt2.. Mybe aku risau ttg majlis kenduri aku nnt, atau aku risau pada mlm kenduri aku nnt? huhuhu..Takut utk difikirkan...

Pada kwn2 ku sune, jemputla dtg ke majlis perkahwinan aku nnt. Semoga kehadiran kalian dpt meredakan kekalutan yg ada dlm benak otakku ini..

Di sini aku sertakan kad utk rujukan kwn2 ku sekalian.....