Tuesday, January 6, 2009

18th times!MY PRECIOUS WEDDING DAY

MY WEDDING DAY..
TANGGAL 20 DEC 2008- Bermula la alkisah permulaan hidup baruku sebagai isteri org..Perasaan yg bercampur baur menerjah diriku..Dari terbit pajar, ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi memohon pernikahan hari ini berjalan lancar. Tepat jam 1.ootgh aku memulakan langkah ke Masjid bagi menyaksikan pernikahanku yg selama ini ku tunggu-tunggu. Bebereapa lama aku di masjid, imam menbacakan khutbah bg menjadi ikhtibaar bg kami yg akan mendirikan sebuah ikatan yg suci.

Saat jam menunjukkan 2.45ptg, ketika hati dalam debaran, terlerai la sudah ijab dan kabul bg menghalalkan hubungan kami sbg suami isteri.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saat bertentangan mata di kala selepas saat istimewa itu, aku melihat suamiku begitu tampan dan mampu membuatkan jantungku bergetar. Inilah pertama kali aku melihat dirinya yg lebih dari seorg kawan, teman dan kekasih. Dia kini suamiku....

TANGGAL 21 DEC 2008-Majlis kenduri sempena kejayaan kami disatukan sebagai suami isteri berlangsung.Kami memilih utk mengenakan busana songket utk kelihatan lebih tradisional memandangkan aku seorg yg konvensional n tradisional.Jam 2.45 ptg, suami ku bersama rombongannya telah dtg bertandang utk berjumpaku. Alangkah gembiranya hatiku tatkala menatap wajah tampannya itu..

Kami berjalan berpimpinan tangan tanpa silu menuju ke gerbang perkahwinan yg indah. Lantas menuju ke singgahsana yg dihias indah bg menambahkan lagi kemeriahan majlis itu..Sungguh terharu dgn kehadiran rakan-rakan semua...Tidak kira dr zmn sekolah, matrikulasi, UTM dan rakan kerja di SMKBS.Tidak lupa juga buat murid2ku selaku pemain kompang tika itu..Terima kasih ku ucapkan buat kalian...

Untuk tatapan semua.







No comments: