Sunday, May 24, 2009

27th TIMES! **TWO GOOD NEWS**

MUMMY WANNA BE..
24th MAY 2009- Husband tersayang sedang lena tido di sisi ku. Jam sudah menunjukkan pkul 6.45pg. Kami belum bangun solat lg.. Aku pun bergegas bangun dan sempat melabuhkan ciuman selamat pagi di pipi suamiku...Selamat Pagi, Cinta...

Aku terus ke bilik air untuk melunaskan hajatku. Dan terus aku teringat pada satu benda yg telah aku beli bersama suami ku di farmasi semalam..Aku pun mengambil benda tersebut dan terus mencubanya..

Tidak sampai beberapa saat pun, benda tersebut telah mengubah kehidupan ku selama ini...Segera aku menuju ke suamiku yg baru membuka matanya. Aku menunjukkan alat tersebut dan mula terharu dgn keputusan perubahan kehidupan ku selepas ini. Aku dapati 2 garisan merah pada pregnancy test kit ku yg berwarna pink tersebut. Ku bahagia sekali....

Pic 1: My 1st Pregnancy Test

"Alhamdulillah,Ya Allah...Kau kurniakan rezki kepada kami,"serta merta terpacul dr mulut kami. Kami sgt2 terharu....Segala kasih sayang kami kini terbukti dgn kehadiranmu, syg...

Kami berpelukan seketika smbil meluahkan rasa kegembiraan kami sambil aku melinangkan air mata kegembiraan...Aku xtahu apa yg terkandung dlm perasaan ku ketika itu..Hanya aku boleh pancarkan pada senyuman dan linangan airmata shj. Aku sgt gembira dan terharu.

JOHORIAN MUMMY WANNA BE

25th MAY 2009-Hari ni keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri dah keluar. Jam 9.30pg,selepas aku sarapan nasi lemak yg sgt sedap pg ni, aku teringat utk melihat laptop ku. Aku terus 'on' wireless ku. Aku teringatkn keputusan pertukaran guru ant negeri yg aku pohon 2 bulan lepas.

Aku ke laman web Kementerian utk melihat keputusan ku. Setelah id, password dan ic ditaip,aku menekan butang 'ok'. Hati berdebar2 apabila keluar arahan supaya menekan butang semakan utk mengetahui keputusan. Dan aku pun mengucapkan bismillah sblm aku klik pd butang tersebut. Kemudian, apa yg terpacul keluar? Taraaaaaa.....
Happy sangat2 xterhingga...Abangku, akhirnya kita dpt bersama jua akhirnya..Semoga kehadiran ayg disisi abg buat selama2nya memberikan kebahagian pd abg...Ayg syg abang...