Sunday, May 24, 2009

27th TIMES! **TWO GOOD NEWS**

MUMMY WANNA BE..
24th MAY 2009- Husband tersayang sedang lena tido di sisi ku. Jam sudah menunjukkan pkul 6.45pg. Kami belum bangun solat lg.. Aku pun bergegas bangun dan sempat melabuhkan ciuman selamat pagi di pipi suamiku...Selamat Pagi, Cinta...

Aku terus ke bilik air untuk melunaskan hajatku. Dan terus aku teringat pada satu benda yg telah aku beli bersama suami ku di farmasi semalam..Aku pun mengambil benda tersebut dan terus mencubanya..

Tidak sampai beberapa saat pun, benda tersebut telah mengubah kehidupan ku selama ini...Segera aku menuju ke suamiku yg baru membuka matanya. Aku menunjukkan alat tersebut dan mula terharu dgn keputusan perubahan kehidupan ku selepas ini. Aku dapati 2 garisan merah pada pregnancy test kit ku yg berwarna pink tersebut. Ku bahagia sekali....

Pic 1: My 1st Pregnancy Test

"Alhamdulillah,Ya Allah...Kau kurniakan rezki kepada kami,"serta merta terpacul dr mulut kami. Kami sgt2 terharu....Segala kasih sayang kami kini terbukti dgn kehadiranmu, syg...

Kami berpelukan seketika smbil meluahkan rasa kegembiraan kami sambil aku melinangkan air mata kegembiraan...Aku xtahu apa yg terkandung dlm perasaan ku ketika itu..Hanya aku boleh pancarkan pada senyuman dan linangan airmata shj. Aku sgt gembira dan terharu.

JOHORIAN MUMMY WANNA BE

25th MAY 2009-Hari ni keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri dah keluar. Jam 9.30pg,selepas aku sarapan nasi lemak yg sgt sedap pg ni, aku teringat utk melihat laptop ku. Aku terus 'on' wireless ku. Aku teringatkn keputusan pertukaran guru ant negeri yg aku pohon 2 bulan lepas.

Aku ke laman web Kementerian utk melihat keputusan ku. Setelah id, password dan ic ditaip,aku menekan butang 'ok'. Hati berdebar2 apabila keluar arahan supaya menekan butang semakan utk mengetahui keputusan. Dan aku pun mengucapkan bismillah sblm aku klik pd butang tersebut. Kemudian, apa yg terpacul keluar? Taraaaaaa.....
Happy sangat2 xterhingga...Abangku, akhirnya kita dpt bersama jua akhirnya..Semoga kehadiran ayg disisi abg buat selama2nya memberikan kebahagian pd abg...Ayg syg abang...

Wednesday, April 22, 2009

26th times!SEMINGGU DI PD-INDUKSI

TANGGAL 22 APRIL-Dah seminggu da aku kt PD nih! huhuhu...Kami duk kt Golden Straits Villas. Skang ni aku sibuk bt asgment berkumpulan n nak study. Teringat zmn sek2 dlu! huhuhu...

Tajuk asgment aku, "Apakah peranan peningkatan kualiti dalam sesuatu pengurusan?". Hehehe..tajuk utk PKPA (Peraturan Am Perkhidmatan Awam). 1 of subjects yg aku kna study. Mcm2 la kena study bila nk comfirm dlm perkhidmatan awam nih!

Nnt aku kna study plak,sbb ade exam. Ada 2 btk exam. Ujian dalaman n peperiksaan akhir. Korg boleh la bayangkan ada lebih kurg dlm 10 subjeks, kna study dlm masa ~ 1 week aje..

X tau la aku ni boleh lulus ke x...huhuhu...susah la nk jd goverment servant nih! Mcm2...tp once dah comfirm, byk keuntungannya...Just utk luahan ati jek nih..Ni je tmpt mengadu..

Ok lah..nk g bt asgment. Jap lg nk study plak..

tata..titi..tutu....

Tuesday, April 21, 2009

25th times..INDUKSI @ PD

Tanggaal 16hb April-Saat ku tunggu2 telah tiba..Kini aku dpt menduduki kursus induksi yg selama ini ku tunggu. Aku gi induksi 14 hari.Bermula hari ini, aku akan belajar mcm bdk2 sek aku tuh!

Nak tau aku blaja pe? Aku belaja pasal Perintah Am Perkhidmatan Awam.Segala2 peraturan2 nk jd Goverment servant ni...mmg susah..

So, tanggal 16hb ni, aku akan berada di PD utk menjalani kursus ku ini. Tapi, aku still dpt bersama abg kesayangan ku tiap2 wekend.Abg dtg PD jmpe aku..hehehe..

So, aku akan berada di Negeri Sembilan ni, utk 15 hari sehingga 30hb April 2008. Tak lupa jugak, aku kt sini bersama 3 org lg cikgu dr Bandar Sunway. hahahaha...dpt aku bygkan Bandar Sunway tanpa kitorg2 nih!!!! hahahaha...

ok....nnt kita smbung cite psl keadaan di PD ye!!!tata...

Monday, March 23, 2009

24th Times!! LONELY AGAIN..

23mac'09-Now,1st day after school holidays...Busan giler g sekolah.Sbb abg dah balik Muar.Pembakar semangat dah jauh dr diriku ini..

Selama cuti 1 week, aku dpt bsama2 insan yg kucintai setiap hari dan hampir setiap masa.Aku hepi sangat2..Pegi mana2 pun bersama. G tgk wayang(walaupun adik kecik c.nab ikut-menambahkan keseronokan),gi beli ubat batuk(ketika abg kena batuk teruk),gi umah tangkak, gi Piramid, gi isi minyak(time Shell ada adiah kete Ferrari-dah ade 3 kete da dlm 1 mgu cuti sek ni),gi mandi..opssss...hehehe..

Best wooo,jd cikgu ni..Bile cuti sekolah je,mmg cuti btul2..Best sgt2..Nak tmbh ke'best'annya,cari psgn dr golongn cikgu jgak.Mmg 2 kali ganda best la..huhuhu....Aku bsama pengarang jantungku bercuti ke Tangkak (melawat mertuaku) dan g balik kmpg Sabak Bernam(melawat atok n nenekku)

Thursday, February 26, 2009

23th times..KENA TAG!

INSTRUCTIONS:
a. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
b. For each question, press the next button to get your answer.
c. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN, NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
d. Put any comments in brackets after the song name.
e. Put this on your blog.

Lagu ape la yg aku ade nih agaknya!!

1. If someone says, "Is this okay?"
>>TAK BISA MEMILIHMU-SIXTH SENSE(xbisa pilih sape eh????)


2. How would you describe yourself?
>>DIA DATANG by Ahli Fikir(mcm expose diri la bile ke mana2...hahaha)

3. What do you like in a guy/girl?
>>BEBASKAN by Dewa (Bebaskan lah sesiapa yg terkurung dlm kecelaruan..huhuhu)

4. How do you feel today?
>>KETULUSAN HATI By Anuar Zain..(abg ANU...huhuhuu..jiwang beb!!)

5. What is your life's purpose?
>>HARD TO BREATH by Maroon 5(hidup utk bernafas mggunakan lubang hidung yg besau!! klo hidung kecik, mmg la hard to breath)

6. What is your motto?
>>WHEN YOUR GONE-Avril Lavingne(bile ko tiada,hilang punca n missing my steps to go forward..I'll Miss You..)

7. What do your friends think of you?
>>DONT PHUNK WIF MY HEART By Black Eye Peaaas(huhuhuu...no..no..no...dont phunk wif my heart..)

8. What do you think of your parents?
>>GIMME MORE by Britney Spears(give me more money la mama, papa..huuuhu)

9. What do you think about very often?
>>INGKAR By Bunga Cinta Lestari(slalu mengingkari arahan..)

10. What is 2+2?
>>CINTAKU TERTINGGAL DI MALAYSIA by ONCE,Dewa(aku ade kekasih foreigner ke?kat mana?kt mana?huhhu..)

11. What do you think of your best friends?
>>DOKTER CINTA by Dewi Dewi..(mana aku ade kwn dokter?sume cikgu2 jek..boleh la kirenya kbong n sae jd DOKTER CINTA.hahaha)

12. What do you think of the person you like?
>>KAU ATAU AKU? by Elyana(ko ty pasal sapa aku suka kan?klo bukan aku,ko ler...)

13. What is your life?
>>KALIS RINDU by ELyana(huhuhuhu..kalis rindu,tp aku xkalis peluru..)

14. What do you want to be when you grow up?
>>ITU KAMU By Estrange(nak jadik sape eh?jadi kamu?kamu sape?huhuhuhu)

15. What do you think of when you see the person you like?
>>RIMAS BY Fabolous Cat(patutnya suka la bile jmpe org kita suka,kan?apsal rimas plak?)

16. What will you dance to at your wedding?
>>DATANGLAH BY faizal-xtau faizal ape.huhu...(jemput la dtg wedding aku.tapi dah lepas dah!!)

17. What will they play at your funeral?
>>KASIH TERCIPTA BY FAIZAL TAHIR(mmg sesuai.utk hidupkan aku semula la klo bukak lagu ni ms pengebumian aku)

18. What is your hobby/interest?
>BATU DAN GOLEK BY FAIZAL TAHIR lg(mmg aku suka yg keras cm batu n golek2 kt katil..)

19. What is your biggest fear?
>>AHLAN BINA-ntah tajuk ape.tp aku dgr lagu nasyid.(nasyid bawa keinsafan.Aku takut mati la kot...that is my biggest fear..huhuu)

20. What is your biggest secret?
>>TANGISAN DLM KERINDUAN by Farah AF(mmg pun...menangis bila rindu..)

21. What do you think of your friends?
>>TANPAMU by FArawahida (sunyi tanpa kawan2 bila hsbd tiada di sisi..huhuu)

22. What will you post this as?
>>THE REASON by Hoobastank(alasan utk korg2 baca n reply bg sape2 yg kena tag!)


taG Goes To:
apizollah
musha maya
aina
abg salleh(klo dah ade blog)
k.bong(klo da ade blog)

Wednesday, February 11, 2009

21st Times! 54 DAYS AFTER MARRIED..

11 FEB 2009- Dah Hampir 2 bulan perkahwinan aku..huhuhu...Rasa cm dah lama je..Nape eh? Adakah kerana jarak yang menjadi punca? Adakah sbb kami jarang berjumpa? Adakah kami sibuk sehingga tidak dapat bermanja2 mcm zaman percintaan dulu? Ntah la.. Mungkin masing2 sibuk dgn kerja masing2 kot.

Tapi kami tetap melepaskan rindu setiap hujung minggu. Kami takkan lepaskan peluang utk bergembira dan dating seperti zaman bercinta dulu...Hepi sgt bila bersama suami tercinta. Hilang penat2 kerja selama 5 hari tu. Dan yg pastinya, pd wekends kami berjumpa itu, pasti tiada kerja2 yg aku siapkan..hehhe..Baik aku g DATING dari aku bt keje sek yg aku malas nak buat tu.

1st week,abg dtg ke PJ slps mjlis kawin kt umah abg. Nexweeknya, turn aku plak turun ke Muar. Masa nk ke Muar, hepi sgt2...Xmengantok pun drive ke sana. Tapi bile dah 2 ari kt sana, masa pulang pun tiba...Aku rasa cm nak nangis jek sbb berpisah sementara dgn suami tercinta. Hukhukhukkk...Hwaaaaa..Dlm kete asik nangis jek..Pas nangis, aku ngantuk..Nasib baik xterbabas ms drive..

Last week (7,8 &9 Feb), abg dtg Pj.Best sgt sehingga xterkata. Ktorg g ronggeng2. Gi Ampang, g mandi-manda kt Sg Kedondong (kaki bukit Genting-pakcik aku la ckp.Tp xtau la btul ke x.Aku rs btul kot sbb aku nmpk bukit GENTING N B.Fraser yg aku pegi dlu tu..). Malam tu plak, pas penat2 dr mandi manda, kami g Sunway Piramid. Walaupun sekejap,tp penuh makna. Sbb kami jln2 mcm kami bercinta sblm kawin dlu..

Knape segala2 sblm berkahwin begitu indah? Adakah perkahwinan itu memperindahkan lagi hubungan kasih sayang ini?Adakah kasih sayang sblm perkahwinan akan kekal sehingga akhir hayat kami? InsyaAllah..Ya Allah, Kau sempurnakanlah hubungan kasih sayang yg suci ini dengan berkatMu. Jadikanlah Hubungan ini sbg sebuah hubungan yg diredhaiMu,Ya Allah..Aminn..